Sunday, January 6, 2013
Fasad Ya'juj Ma'juj
Surah Al-Kahf ayat 94:
Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Sesungguhnya Ya'juj Ma'juj telah banyak melakukan kerosakan (fasad) terhadap umat manusia di dunia ini. Ianya dilakukan samada secara nyata (kita sedar) dan secara tersembunyi. Fasad yang dilakukan oleh Ya'juj Ma'juj telah merosakkan hampir semua elemen di dalam kehidupan ini, antaranya:
1. Akidah
2. Akhlak
3. Sistem kekeluargaan
4. Peranan lelaki dan wanita
5. Sistem pemerintahan
6. Ekonomi
7. Pemakanan
8. Hiburan
Dan banyak lagi. Dibawah adalah video mengenai perbuatan syaitan yang dilaknat Allah ini.
Sumber rujukan: http://www.youtube.com
Ya'juj Ma'juj
Video-video dibawah adalah serba sedikit mengenai siapakah Ya'juj Ma'juj dan asal usul mereka.
Sumber rujukan: http://www.youtube.com/
Sumber rujukan: http://www.youtube.com/
Wednesday, January 2, 2013
Empayar Khazar dan Ya'juj Ma'juj
Salam,
Untuk mengupas dunia yang penuh misteri dan pelik ini, tidak dapat tidak kita harus mengaitkannya dengan apa yang telah diberitahu oleh nabi kita, Muhammad s.a.w mengenai satu fitnah yang amat dahsyat yang akan berlaku di akhir zaman, iaitu fitnah al-masih Dajjal. Dajjal yang dibantu oleh iblis dan Ya'juj Ma'juj telah lama melancarkan misi mereka untuk menyesatkan umat manusia dan mencampakkan kita semua ke dalam api neraka.
Video dibawah adalah video mengenai sejarah satu kaum yang di gelar Khazar dan kaitan kaum ini dengan Ya'juj Ma'juj. Marilah sama-sama kita berfikir tentang apa yang disampaikan oleh sheikh ini atau terus melalui kehidupan seperti hari-hari yang biasa.
Wallahualam.
Sumber rujukan: http://www.youtube.com/
Untuk mengupas dunia yang penuh misteri dan pelik ini, tidak dapat tidak kita harus mengaitkannya dengan apa yang telah diberitahu oleh nabi kita, Muhammad s.a.w mengenai satu fitnah yang amat dahsyat yang akan berlaku di akhir zaman, iaitu fitnah al-masih Dajjal. Dajjal yang dibantu oleh iblis dan Ya'juj Ma'juj telah lama melancarkan misi mereka untuk menyesatkan umat manusia dan mencampakkan kita semua ke dalam api neraka.
Video dibawah adalah video mengenai sejarah satu kaum yang di gelar Khazar dan kaitan kaum ini dengan Ya'juj Ma'juj. Marilah sama-sama kita berfikir tentang apa yang disampaikan oleh sheikh ini atau terus melalui kehidupan seperti hari-hari yang biasa.
Wallahualam.
Sumber rujukan: http://www.youtube.com/
Manusia, Jin, Iblis dan Syaitan
Para ulama’ berbincang panjang tentang perbezaan yang
wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan
tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara
ringkasnya boleh dinyatakan
bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggun jawab memperhambakan
diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah)
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu.
Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran.
Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh,
kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di
antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak
demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin
merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud:Dan kami telah
menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka
dari kalangan jin.
Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah
daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50,
bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman
kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud
melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka
terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan
keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain
daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu
sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam.
Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus; "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".Menurut Ibn Qayyim maksud "jalan yang lurus" di dalam ayat di atas ialah Islam ialah jalan yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.
Ibn Qayyim menyatakan lagi: "Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya".
Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya.
Saturday, December 29, 2012
Khidir A.S
Ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis tersangatlah banyaknya dan merupakan ilmu yang bersifat 'sejati' dan 'mutlak' kerana ianya merupakan wahyu atau petunjuk daripada yang Maha Bijaksana. Di dalamnya mengandungi segala ilmu yang melingkupi semua aspek kehidupan dan ini lah yang amat menghairankan kerana mengapa ilmu yang sehebat ini tidak diajarkan secara menyeluruh, tetapi diajar secara separuh-separuh, berselang-seli dengan ilmu matematik, sejarah, sains dan teknologi tajaan barat yang amat bersifat luaran(pembuktian). Tinggalkan persoalan ini dahulu.
Banyak ikon-ikon ilmuan Islam di sepanjang sejarah ketamadunan manusia ini, dan ada diantaranya tertulis di dalam Al-Quran kisah-kisah mereka tetapi identiti mereka amatlah misteri. Saya amat tertarik dengan ilmuan yang boleh menggunakan kedua-dua cabang ilmu iaitu dalaman dan luaran (ilmu Islam yang sebenarnya) dan sebagai contoh, Khidir as. Mari kita mengenali siapakah Khidir ini?
Banyak ikon-ikon ilmuan Islam di sepanjang sejarah ketamadunan manusia ini, dan ada diantaranya tertulis di dalam Al-Quran kisah-kisah mereka tetapi identiti mereka amatlah misteri. Saya amat tertarik dengan ilmuan yang boleh menggunakan kedua-dua cabang ilmu iaitu dalaman dan luaran (ilmu Islam yang sebenarnya) dan sebagai contoh, Khidir as. Mari kita mengenali siapakah Khidir ini?
Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”
Kisah mengenai insan yang dikenali sebagai Khidir telah diceritakan oleh Allah swt dalam surah al-Kahfi daripada ayat 60 sehingga ayat 82. Walaubagaimanapun, Allah swt tidak pula memberitahu bahawa insan tersebut adalah Khidir. Allah swt hanya menyebut sebagai ‘seorang hamba di antara hamba-hamba kami’ untuk merujuk kepada insan yang dikenali sebagai Khidir ini.
Dalam ayat 60 sehingga 82, Allah swt menceritakan bagaimana Nabi Musa as pergi mencari ilmu dengan seorang yang sangat alim dan tinggi ilmunya. Ilmu yang tinggi itu dianugerahkan oleh Allah swt kerana ketakwaan dan kezuhudan beliau. Insan yang dikenali sebagai Khidir itu telah memberi kita seribu satu pengajaran terutama dalam pencarian ilmu terutama ilmu akhirat.
Dakwaan Musa yang bukan Musa as, Rasul Bani Israil
Dalam penyelidikan semasa penulis menulis artikel ini. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Musa yang diceritakan oleh Allah swt adalah Musa yang berlainan daripada Nabi Musa daripada Bani Israil. Musa yang dimaksudkan adalah Musa bin Misha’ atau Manasseh. Musa bin Misha’ merupakan keturunan daripada Nabi Yusuf as. Namun, ia adalah kesalahan yang amat nyata sekali. Imam Bukhari meriwayatkan dari Sa’id bin Jubair, Sa’id bin Jubair berkata,
Aku berkata kepada Ibnu Abbas ra, Nauf al-Bikali merasakan bahawa Musa as dalam kisah Nabi Khidir as bukanlah Musa yang Nabi kepada Bani Israil. Maka Ibnu Abbas ra berkata, ‘Apa yang dikatakannya tidak benar, Ubai Ibnu Kaab ra mengatakan kepada kami bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda;
Musa berdiri untuk menyampaikan khutbah kepada Bani Israil, lalu ia ditanya: “Siapakah manusia yang paling alim?” Musa menjawab, “Aku”. Maka Allah swt pun langusng menegurnya, sebab ia belum diberi wahyu tentang hal itu(tentang siapa yang paling alim). Lalu Allah swt memberi wahyu kepada Musa, “Aku memiliki seorang hamba yang berada di pertemuan dua laut, dia lebih berilmu dari kamu”.
Musa berkata, “Ya Allah, bagaimana aku dapat menemuinya?” Allah berfirman, “Bawalah ikan, lalu letakkan di dalam bakul. Maka di mana pun ikan itu menghilang, maka di situlah hamba-Ku(Khidir as) berada di sana.”
Hadis bertaraf shahih ini sebenarnya sudah cukup untuk menangkis tentang siapakah Musa yang Allah swt maksudkan di dalam surah al-Kahfi tersebut.
Bagaimana dengan Khidir as? Siapakah beliau yang sebenar-benarnya?
Daripada istilah bahasa, Khidir memberi makna yang kehijau-hijauan.Adalah menjadi satu kemungkinan bahawa Khidir ini hanyalah nama gelaran sahaja yang diberikan oleh Rasulullah saw sebagaimana yang terjadi kepada nama Zulqarnain, Luqmanulhakim dan Ashaabul Kahfi. Perlu diingatkan bahawa al-Quran tidak menitikberatkan nama seseorang individu melainkan kisah-kisah mereka yang perlu diambil iktibar.
Walaubagaimanapun, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita mengkaji siapakah sebenarnya Khidir.
Telah menjadi perdebatan daripada zaman sahabat diikuti tabiin dan diikuti pula Tabi’ut Tabiin tentang siapakah insan yang digelar Khidir as. Rasullulah saw dalam sabdanya menyatakan insan berilmu dalam surah al-Kahfi adalah Khidir. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra daripada Rasulullah saw mengenai Khidir as, baginda bersabda;
“Ia dinamakan Khidir tidak lain kerana, apabila dia duduk di atasfarwah(permukaan bumi) yang putih(tidak bertanaman), maka tiba-tiba tanah di bawahnya itu menumbuhkan tanaman yang menghijau”
Sheikh al-Arna-uth mengatakan hadis ini shahih menurut periwayatan Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Imam Ahmad turut meriwayatkan daripada Abdurrazaq daripada Hammam, daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda;
“Ia dinamakan Khidir tidak lain kerana, jika dia duduk difarwah(permukaan bumi), maka tiba-tiba tanah di bawahnya itu menumbuhkan tanaman yang menghijau.”
Farwah menurut sesetengah ulama hadis mendefinisikan sebagai rumput kering atau tanaman yang sudah kering. Pendapat ini dipopularkan oleh ulama hadis terkenal, Abdurrazaq. Namun pendapat masyhur adalah farwah bermaksud permukaan bumi. Hadis di atas adalah bertaraf shahih dan turut diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab masyhurnya Shahih Bukhari.
Khidir seorang Nabi
Para ulama sepakat memartabatkan Khidir sebagai nabi atas dalil daripada satu ayat al-Quran daripada surah al-Kahfi.
Maksud ayat di atas adalah penjelasan Khidir mengenai TIGA perbuatan kepada Musa as semasa Musa as berguru dengannya. Khidir bertegas mengatakan bahawa perbuatan yang dilakunya bukanlah kerana daripada dirinya sendiri akan tetapi datang daripada Allah swt yang Maha Bijaksana.
Selain dalil daripada ayat di atas, firman Allah swt sebelum ini pun menjadi dalil bagi kenabian Khidir iaitu firman-Nya;
Dakwaan tentang individu yang bernama Khidir as
Ibnu Abu Hatim: Mendakwa bahawa Khidir as adalah anak atau keturunan Qabil. Qabil adalah anak Nabi Adam as yang telah membunuh Habil.
Ibnu Abbas dan Hamka: Mendakwa Khidir as adalah anak sulung kepada Nabi Adam as. Menurut Hamka, Khidir yang beliau maksudkan sebagai anak sulung Nabi Adam dianugerahkan Allah swt dengan umur yang tiada penghujungnya sehingga dimatikan ketika bersama-sama berjuang dengan Nabi Isa dan al-Mahdi membunuh Dajjal laknatullah. Khidir juga tidak mampu dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat dengan kasyaf yang biasa dianugerah Allah swt kepada para Nabi dan walinya.
Tabari: Mendakwa Khidir as adalah rakan seperjuangan Nabi Ibrahim as ketika di Babylon(Iraq) ketika berdakwah kepada Nimrod(Namrod). Ketika Nabi Ibrahim berhijrah keluar daripada Babylon, Khidir as turut serta bersama-sama Nabi Ibrahim dan keluarganya. Tabari juga mendakwa Khidir samaada ayah atau ibunya berketurunan Parsi dan ayah atau ibunya berketurunan Romawi. Ini bermakna Khidir as adalah berasal daripada perkahwinan campuran antara Parsi dan Romawi. Tabari juga menyatakan bahawa Khidir as adalah salah seorang panglima kanan Zulqarnain. Ketika Zulqarnain mencari air kehidupan(Water of Life) dan menjumpainya, Zulqarnain menolak untuk meminumnya dan memberi kepada Khidir as. Disebabkan itulah Khidir as dianugerahkan kehidupan yang abadi(atas kekuasaan Allah swt). Dalam al-Quran, terdapat ayat yang menyatakan air kehidupan ini iaitu ketika ikan yang dibawa oleh Musa as dan pesuruhnya(dipercayai Nabi Yusyak as) melompat keluar daripada bakul setelah terkena percikan air di tempat yang dikenali ‘pertemuan dua laut’.
Abdallah bin Shawdhab: Mendakwa Khidir as adalah individu daripada Parsi dan sering berjumpa dengan Nabi Elyas as setiap tahun terutama di bulan Ramadhan dan musim haji di Mekah. Nabi Elyas as adalah antara empat orang individu yang masih belum wafat iaitu Idris as, Isa as, Khidir as dan baginda sendiri.
Ibnu Ishq: Mendakwa Khidir as adalah Nabi Aramiyah bin Khulfiyah as(Jeremiah as). Nabi Aramiyah as adalah Rasul yang diutuskan oleh Allah swt ketika pemerintahan Raja Josiah bin Amon yang memerintah Judah. Walaubagaimanapun, Tabari menolak dakwaan Ibnu Ishq.
Ibn al-Kalbi: Mendakwa Khidir as adalah keturunan Nabi Harun as.
Muhammad bin Ayub: Mendakwa Khidir as adalah anak lelaki kepada anak perempuan Firaun. Namun, siapakah Firaun yang Muhammad bin Ayub dakwa sebagai datuk kepada Khidir as tidak pula dinyatakan.
Naqqash: Mendakwa Khidir as adalah anak kepada Firaun. Sama seperti Muhammad bin Ayub, tidak dinyatakan Firaun mana yang beliau dakwa sebagai ayah kepada Khidir as.
Muqatil bin Sulayman: Mendakwa Khidir as adalah Nabi Elias as.
Ibnu Qutaybah: Beliau mendakwa Khidir as adalah nama lain bagi individu bernama Ama’il bin Eliphaz(Yafaz) bin Esau bin Ishak as.
Wahb bin Munabbih, Ibnu Kathir, al-Alusi, Imam Nawawi dan Ibnu Qutaybah: Wahb bin Munabbih mendakwa Khidir as adalah nama lain bagi individu bernama Baliya bin Malikan bin Peleg bin Eber(Hud as) bin Shelah bin Arpachshad bin Sam bin Nuh as. Namun, Imam Nawawi memberi nama Baliya bin Kaliman dan bukannya Baliya bin Malikan. Ulama zaman kini mendakwa insan yang didakwa oleh dua tokoh ulama salafi ini adalah insan yang sama. Ibnu Qutaybah turut mendakwa Khidir as adalah insan yang bernama Malikan selain dakwaannya Khidir as adalah insan bernama Ama’il.
Tempat pertemuan Khidir dan Musa as
Pendapat paling utama tentang pertemuan Khidir dan Musa berdasar firman Allah swt di atas adalah di Teluk Aqabah iaitu pertemuan antara Laut Merah dan Laut Putih.
Walaubagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan ia berlaku di pertemuan dua laut di Jordan. Ibnu Kathir pula mendakwa ia berlaku jauh ke di sebuah laut di Tangier, Maghribi iaitu pertemuan Lautan Atlantik dan Laut Mediterenean.
Tidak terhenti di situ, pendapat yang terbaru adalah ia berlaku di pertemuan dua laut iaitu di pertemuan dua Lautan iaitu Lautan India dan Lautan Atlantik.
Walau apapun pendapat yang dikemukakan, ia tidak menyalahi syariat Islam kerana Allah swt langsung tidak menyatakan di mana pertemuan dua lautan itu berlaku. Tidak menjadi satu kesalahan untuk memberi teori yang terbaik bagi membolehkan umat Islam terus memahami isi kandung al-Quran yang mulia itu.
Sumber rujukan: http://takusahrisau.wordpress.com
Sunday, November 25, 2012
Fadhilat Solat Awal Waktu
Tiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan
perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna
alam.
Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu
yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam
spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia
berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun
terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi
dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat
diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu
berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq
& Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan
dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut
dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren,
iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh
seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah
dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada
di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan
iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya
berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak
interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata
kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,
pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna
Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu
berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali
dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan
dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan
dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan
warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan
tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang
dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke
sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana
telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah
s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang
amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya.
Wallahualam.
Islam dan Sistem Kewangan Antarabangsa
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=JOXVvMn4--I
Salam semua...hanya untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai fenomena ekonomi yang melanda seluruh dunia sekarang ini. Ceramah-ceramah dari Sheikh Imran Hossein ini telah banyak memberi kesedaran kepada saya dan membuka minda saya mengenai isu-isu yang melanda dunia kini.
Sumber rujukan: http://www.youtube.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)
