Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan
nyawa untuk kita sama-sama menghayati hari raya Qurban tahun ini. Disertakan
sekali tentang hari raya Qurban berdasarkan hadis-hadis:
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang
diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah
SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua
hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka
menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan
hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan
Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan)
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan
ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari
kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini
diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu
berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis
riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan)
yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud:
"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang
lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa
korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan
kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi
Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu
dengan hati yang bersih."
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan)
Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij
katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin
Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang
Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha).
Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia
menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah
Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri),
baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
Sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha