Untuk rujukan dan peringatan bersama.
1. Kafir: Orang yang mengingkari agama Allah Taala atau tidak mempercayai adanya Allah Taala, nabi-nabiNya, malaikat-malaikatNya dll.
2. Kufur: Kekufuran atau keingkaran. Iaitu mengingkari Allah Taala serta ajaran yang dibawa oleh nabi-nabiNya dll.
3. Munafik: Orang yang berwajah dua muka, suka berpura-pura, apa yang dikata tidak sama dengan apa yang dikerjakan dan apa yang dikerjakan tidak sama dengan hatinya. Mereka mengakui Islam pada zahirnya akan tetapi mereka kafir pada hakikatnya.
4. Nifak: Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah Taala.
5. Fasik: Rosak. Orang yang percaya kepada Allah Taala akan tetapi tidak mengerjakan perintah-perintahNya. Selalu berbuat dosa-dosa kecil secara berterusan. Dalam bahasa mudahnya ialah orang Islam yang berbuat jahat atau tidak taat pada Allah Taala.
6. Musyrik: Adalah menyekutukan Allah Taala dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya.
7. Murtad: Dari segi bahasa bermaksud kembali atau berbalik. Dan maksud pada syarak ialah orang yang telah kembali atau keluar daripada agama Islam menjadi kafir.
8. Riddah: bermaksud berpaling atau keluar dari Islam.
9. Khurafat: bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.
10. Sihir: Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu bantuan jin atau syaitan bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.
Wallahualam.