Tuesday, October 22, 2013

Tentang Hari Raya Qurban

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nyawa untuk kita sama-sama menghayati hari raya Qurban tahun ini. Disertakan sekali tentang hari raya Qurban berdasarkan hadis-hadis:

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.


Sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha


Saturday, July 20, 2013

Tentang Ramadhan (Part 1)

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan 1434 Hijriah...

Syukur, dapat sekali lagi kita bertemu dengan bulan yang mulia ini, Ramadhan Al-Mubarak...Marilah kita sama-sama refresh kembali perkara-perkara asas untuk menghadapi bulan yang penuh barakah ini.

Maksud & waktu puasa:


Puasa menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk mendapat perkenan Allah swt ).


Niat Puasa:



Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)       gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


Friday, April 12, 2013

Maksud Istilah - Istilah dalam Islam

Untuk rujukan dan peringatan bersama.

1. Kafir: Orang yang mengingkari agama Allah Taala atau tidak mempercayai adanya Allah Taala, nabi-nabiNya, malaikat-malaikatNya dll.

2. Kufur: Kekufuran atau keingkaran. Iaitu mengingkari Allah Taala serta ajaran yang dibawa oleh nabi-nabiNya dll. 

3. Munafik: Orang yang berwajah dua muka, suka berpura-pura, apa yang dikata tidak sama dengan apa yang    dikerjakan dan apa yang dikerjakan tidak sama dengan hatinya. Mereka mengakui Islam pada zahirnya akan tetapi mereka kafir pada hakikatnya.

4. Nifak: Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah Taala.

5. Fasik: Rosak. Orang yang percaya kepada Allah Taala akan tetapi tidak mengerjakan perintah-perintahNya. Selalu berbuat dosa-dosa kecil secara berterusan. Dalam bahasa mudahnya ialah orang Islam yang berbuat jahat atau tidak taat pada Allah Taala. 

6. Musyrik: Adalah menyekutukan Allah Taala dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya.

7. Murtad: Dari segi bahasa bermaksud kembali atau berbalik. Dan maksud pada syarak ialah orang yang telah kembali atau keluar daripada agama Islam menjadi kafir. 

8. Riddah: bermaksud berpaling atau keluar dari Islam.

9. Khurafat: bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.

10. Sihir: Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu bantuan jin atau syaitan bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.

Wallahualam.



Monday, March 4, 2013

Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal dan Jin

Pencerita: Ustaz Azhar Idrus. Layan.

 

 Sumber rujukan: http://www.youtube.com/watch?v=BulQAccd7f8



Tuesday, February 12, 2013

Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal dan Pembuat Roti


Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.

Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.

Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti, membuatkan timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu beliau mempelawa Imam Ahmad bin Hanbal untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.Apabila tiba di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad dilayani dengan baik sekali dan dimuliakan sebagai seorang tetamu.

Apabila si pembuat roti beredar untuk membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori sambil memerhatikannya. Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti yang sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja-kerjanya.Pada pagi keesokannya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.

Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau di manapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun yang saya hadapi,” jawab si pembuat roti jujur.

Lalu Imam Ahmad bertanya: “Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu itu?Maka si pembuat roti menjawab: “Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah SWT akan memperkenankan doaku itu.” Beliau terdiam seketika lalu menyambung: “Kecuali satu doa...”Apakah doa itu?” tanya Imam Ahmad bin Hanbal.

Jawab si pembuat roti: “Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”SUBHANALLAH...

Wallahua'lam.


Sumber rujukan: http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com


Sunday, January 6, 2013

Fasad Ya'juj Ma'juj


Surah Al-Kahf ayat 94:


Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?


Sesungguhnya Ya'juj Ma'juj telah banyak melakukan kerosakan (fasad) terhadap umat manusia di dunia ini. Ianya dilakukan samada secara nyata (kita sedar) dan secara tersembunyi. Fasad yang dilakukan oleh Ya'juj Ma'juj telah merosakkan hampir semua elemen di dalam kehidupan ini, antaranya:


1. Akidah

2. Akhlak
3. Sistem kekeluargaan
4. Peranan lelaki dan wanita
5. Sistem pemerintahan
6. Ekonomi
7. Pemakanan 
8. Hiburan

Dan banyak lagi. Dibawah adalah video mengenai perbuatan syaitan yang dilaknat Allah ini.



 Sumber rujukan: http://www.youtube.com



Ya'juj Ma'juj

Video-video dibawah adalah serba sedikit mengenai siapakah Ya'juj Ma'juj dan asal usul mereka.



Sumber rujukan: http://www.youtube.com/


Wednesday, January 2, 2013

Empayar Khazar dan Ya'juj Ma'juj

Salam,

Untuk mengupas dunia yang penuh misteri dan pelik ini, tidak dapat tidak kita harus mengaitkannya dengan apa yang telah diberitahu oleh nabi kita, Muhammad s.a.w mengenai satu fitnah yang amat dahsyat yang akan berlaku di akhir zaman, iaitu fitnah al-masih Dajjal. Dajjal yang dibantu oleh iblis dan Ya'juj Ma'juj telah lama melancarkan misi mereka untuk menyesatkan umat manusia dan mencampakkan kita semua ke dalam api neraka.

Video dibawah adalah video mengenai sejarah satu kaum yang di gelar Khazar dan kaitan kaum ini dengan Ya'juj Ma'juj. Marilah sama-sama kita berfikir tentang apa yang disampaikan oleh sheikh ini atau terus melalui kehidupan seperti hari-hari yang biasa.

Wallahualam.




Sumber rujukan: http://www.youtube.com/



Manusia, Jin, Iblis dan Syaitan

Para ulama’ berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggun jawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan  yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud:Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
            
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa  Iblis  adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud:  Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.

Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia  yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam.

Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;  "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".Menurut Ibn Qayyim maksud "jalan yang lurus" di dalam ayat di atas  ialah Islam ialah jalan yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.    
 
Ibn Qayyim menyatakan lagi: "Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya". 

Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya.

Kesimpulan yang lebih mudah untuk merangkan mengenai perbezaan antara manusia, jin, iblis dan syaitan adalah seperti gambar rajah dibawah:

















Sumber rujukan: http://www.ustazshauqi.com