Tuesday, October 22, 2013

Tentang Hari Raya Qurban

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nyawa untuk kita sama-sama menghayati hari raya Qurban tahun ini. Disertakan sekali tentang hari raya Qurban berdasarkan hadis-hadis:

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.


Sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha


Saturday, July 20, 2013

Tentang Ramadhan (Part 1)

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan 1434 Hijriah...

Syukur, dapat sekali lagi kita bertemu dengan bulan yang mulia ini, Ramadhan Al-Mubarak...Marilah kita sama-sama refresh kembali perkara-perkara asas untuk menghadapi bulan yang penuh barakah ini.

Maksud & waktu puasa:


Puasa menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk mendapat perkenan Allah swt ).


Niat Puasa:



Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)       gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


Friday, April 12, 2013

Maksud Istilah - Istilah dalam Islam

Untuk rujukan dan peringatan bersama.

1. Kafir: Orang yang mengingkari agama Allah Taala atau tidak mempercayai adanya Allah Taala, nabi-nabiNya, malaikat-malaikatNya dll.

2. Kufur: Kekufuran atau keingkaran. Iaitu mengingkari Allah Taala serta ajaran yang dibawa oleh nabi-nabiNya dll. 

3. Munafik: Orang yang berwajah dua muka, suka berpura-pura, apa yang dikata tidak sama dengan apa yang    dikerjakan dan apa yang dikerjakan tidak sama dengan hatinya. Mereka mengakui Islam pada zahirnya akan tetapi mereka kafir pada hakikatnya.

4. Nifak: Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah Taala.

5. Fasik: Rosak. Orang yang percaya kepada Allah Taala akan tetapi tidak mengerjakan perintah-perintahNya. Selalu berbuat dosa-dosa kecil secara berterusan. Dalam bahasa mudahnya ialah orang Islam yang berbuat jahat atau tidak taat pada Allah Taala. 

6. Musyrik: Adalah menyekutukan Allah Taala dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya.

7. Murtad: Dari segi bahasa bermaksud kembali atau berbalik. Dan maksud pada syarak ialah orang yang telah kembali atau keluar daripada agama Islam menjadi kafir. 

8. Riddah: bermaksud berpaling atau keluar dari Islam.

9. Khurafat: bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.

10. Sihir: Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu bantuan jin atau syaitan bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.

Wallahualam.



Monday, March 4, 2013

Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal dan Jin

Pencerita: Ustaz Azhar Idrus. Layan.

 

 Sumber rujukan: http://www.youtube.com/watch?v=BulQAccd7f8



Tuesday, February 12, 2013

Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal dan Pembuat Roti


Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.

Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.

Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti, membuatkan timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu beliau mempelawa Imam Ahmad bin Hanbal untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.Apabila tiba di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad dilayani dengan baik sekali dan dimuliakan sebagai seorang tetamu.

Apabila si pembuat roti beredar untuk membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori sambil memerhatikannya. Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti yang sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja-kerjanya.Pada pagi keesokannya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.

Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau di manapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun yang saya hadapi,” jawab si pembuat roti jujur.

Lalu Imam Ahmad bertanya: “Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu itu?Maka si pembuat roti menjawab: “Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah SWT akan memperkenankan doaku itu.” Beliau terdiam seketika lalu menyambung: “Kecuali satu doa...”Apakah doa itu?” tanya Imam Ahmad bin Hanbal.

Jawab si pembuat roti: “Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”SUBHANALLAH...

Wallahua'lam.


Sumber rujukan: http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com


Sunday, January 6, 2013

Fasad Ya'juj Ma'juj


Surah Al-Kahf ayat 94:


Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?


Sesungguhnya Ya'juj Ma'juj telah banyak melakukan kerosakan (fasad) terhadap umat manusia di dunia ini. Ianya dilakukan samada secara nyata (kita sedar) dan secara tersembunyi. Fasad yang dilakukan oleh Ya'juj Ma'juj telah merosakkan hampir semua elemen di dalam kehidupan ini, antaranya:


1. Akidah

2. Akhlak
3. Sistem kekeluargaan
4. Peranan lelaki dan wanita
5. Sistem pemerintahan
6. Ekonomi
7. Pemakanan 
8. Hiburan

Dan banyak lagi. Dibawah adalah video mengenai perbuatan syaitan yang dilaknat Allah ini.



 Sumber rujukan: http://www.youtube.com